02 June 2016

Meningitis Sbg Dugaan (Part 2)



22 October 2014
Hari ini doctor berikan khabar baik yg adik telah memberikan respon aktif pagi ini & doctor mengambil peluang untuk membuat prosedur LP (Lumber Puncture).  Alhamdullilah doctor kata amat dipermudahkan.  Dalila tidak mengalami sebarang komplikasi semasa prosedur dijalankan.  Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.  Ayahanda bonda amat bersyukur pd Allah swt kerana masih memberi peluang utk bonda menjaga Qaseh Dalila dalam hidup kami.

  
 Qaseh Dalila selepas operasi LP

Selepas hampir seminggu di NICU Putrajaya, ayahanda bonda mula nampak perubahan warna kulit Dalila.  Kembali merah & tidak kuning seperti kunyit lg.  Ya Allah, doa kami sekeluarga diterima.  Kami sujud syukur pd Allah swt diatas rahmat ini.  Apa yg terjadi pd Dalila adalah dugaan dr Allah swt yg kita perlu sentiasa mengingatiNya setiap masa & bukan disaat bila kita telah jatuh tersembam.  
Doctor maklumkan yg keputusan LP menunjukkan tiada sebarang bakteria yg menyerang saraf otak tetapi keputusan darah menunjukkan ada bakteria GBS (Group B Streptococcus) dalam darah Dalila.  GBS selalunya bakteria yg didapati pada ibu semasa melahirkan anak.  Dalila mungkin terkena jangkitan ini semasa bonda melahirkan secara normal.  Tanpa suntikan antibiotik diberikan pd bonda sebelum melahirkan, bakteria GBS ini boleh terjangkit pd bayi.  Bonda lg rasa bersalah sbb tak tahu pun yg bonda ada GBS & menjadi penyebab adik sakit hari ini.  Doctor inform yg bakteria ini tidak mudah dikenalpasti jika tidak ada simptom-simptom yg ditunjukkan oleh ibu.  Simptom pd bayi pula selalunya dapat dilihat selepas dilahirkan atau seawal 7 hari tp utk kes Dalila simptom hanya timbul seminggu sebelum adik berumur sebulan.

GBS (Group B Streptococcus)

Alhamdullilah, Dalila menunjukkan kesan positif dr aktibiotik yg diberikan.  Perlu consume antibiotic selama 4 minggu & lihat jika ada apa2 reaksi selepas itu.  Urat adik sgt susah utk doctor cari, jd perlu tukar jarum setiap 2 hari disebabkan bengkak.  Bila urat tangan & kaki telah bengkak doctor terpaksa cucuk di urat kepala.  Jika tgk dlm gambar dibawah boleh nampak kesan cukur didahi utk doctor cucuk jarum ubat.  Masa ni bonda sgt sedih sbb adik terpaksa melalui semua ini..adik baru je umur sebulan lebih panjang lg kehidupan adik tp bersyukur dalam masa yg sama doctor dapat merawat penyakit ini dengan amat pantas & profesional.



Ayahanda temani bonda setiap kali melawat adik. Tq ayahanda sanggup korbankan waktu kerja utk kami.  Pengorbanan ayahanda kami hargai <3

Selepas sebulan lebih adik duduk di NICU akhirnya doctor sahkan adik bebas dari bakteria GBS.  adik da boleh balik jmp kakak Hasya! syukur alhamdullilah.  Pengalaman ini buatkan bonda tersedar banyak lagi yg bonda tak tahu dalam ilmu mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak bonda.  Moga Allah swt permudahkan urusan kita sekeluarga. 

Hari adik balik adalah hari yg paling gembira kita sekeluarga

Balik je kerumah, esoknya bonda botakkan adik sbb rambut adik habis compang-camping nurse cukur sbb doctor nk cucuk jarum di dahi adik. Memang kedua anak bonda yang cukurkan sendiri sbb ayahanda ngeri baby gerak-gerak..hehe

kakak yg paling semangat sekali tak sabar nk jumpa adik semula <3

 Bonda cuma nk share jika ada ibu-ibu mengandung yg mengalami keputihan atau gatal-gatal dibahagian V, bolehlah minta pandangan doctor.  Mcm bonda mmg takda simptom-simptom pd V yg membuatkan bonda tak terfikir lgsg ada GBS!  Tp Allah swt nk tunjukkan pada kita yg kita tidak boleh leka dalam menjaga kesihatan diri sbb dalam sekelip mata sahja mcm-mcm penyakit boleh datang.

0 comments:

Post a Comment