02 June 2016

Meningitis Sbg Dugaan


Hari itu seperti hari-hari biasa dalam tempoh bonda berpantang.  Syukur Alhamdullilah kelahiran kali ni dapat bantuan dari ibu mertua semasa berpantang *i love you mama* Nurse akan datang check bonda di rumah dalam seminggu 2 kali utk pemeriksaan baby & jahitan.  Nurse inform yg semua dalam keadaan normal cuma jahitan bonda ada terbuka 1.3cm tp doctor kata tak perlu jahit semula, hanya perlu makan ubat antibiotik shja *takut juga bonda kalau terbayang perlu dijahit semula* 

18 October 2014

4.00 pagi :
adik dalila mula menangis tp tangisannya tak seperti selalu.  Bonda berikan susu bobok tidur tp adik masih lg menangis.  Mama kata mungkin perutnya masuk angin tp naluri bonda kuat mengatakan ini tidak normal.  Bonda terus ajak ayahanda ke Hospital Putrajaya.

Sampai je ke hospital mcm biasa sesi saringan dulu.  Nurse pelik bonda datang bawak baby tanpa tanda2 sakit tp sbbkan Dalila belum sampai sebulan nurse bawa berjumpa doctor utk saringan pernafasan & suhu badan.  Jam menunjukkan jam 5.30 pagi.  Doctor check suhu Dalila naik mendadak ke 41'c.  Bonda terkejut.! Dirumah adik tak menunjukkan simptom demam.  Hanya dedau & bonda check suhu tak smp 37'c keatas pun.  Doctor tanya kenapa bonda bawa Dalila ke hospital?  Bonda hanya boleh jawab "Naluri hati saya mengatakan something is wrong.  Baby should not crying like that"..Dalila pun dibawa ke NICU (Nursery Insentif for baby) tp bonda tak boleh masuk kedalam sbb bkn waktu melawat.  Nurse nasihatkan bonda utk pam susu badan & bawa ke hospital incase Dalila perlu ditahan di wad utk beberapa hari.

9.00 pagi:
 bonda datang utk hantarkan susu & berjumpa doctor.  Time ni Dalila ditempatkan didalam acubator terbuka, tenang sedang tidur. Doctor panggil bonda utk tanya simptom2 yang adik sakit dirumah, tp bonda kata takda.  Even nurse baru je dtg rumah utk weekly checkup & inform yg adik sihat.  Bonda tunjukkan buku pink kpd doctor utk pastikan report yg ditulis nurse.  Bonda tak boleh stay lama sbb waktu melawat jam 12.00 pm.  Bonda perlu tunggu lg :(

12.00pm:
Bonda ayahanda antara yg dah tercongok tunggu depan NICU utk melihat baby masing-masing.  Masuk je pintu, bonda pun lapor diri pd nurse utk tanya perkembangan.  Nurse terus bawa ayahanda bonda ke belakang utk berjumpa doctor.  Masa ni bonda terasa seperti terapungan sbb cara nurse baca report & terus bawa kami berjumpa doctor amat mencemaskan.

Doctor: Ayah Ibu Isma Qaseh Dalila ya?
Bonda: Ya saya
Doctor: Boleh saya tahu kenapa puan bawa anak ke hospital? ada tanda2 yg dia sakit ke?
Bonda: Takda doctor.  Jam 4.00pagi anak sy bgn menangis tp tangisannya berbeza.  Saya mengikut gerak hati sy utk bawa dia ke hospital.  Kenapa doctor? Baby sy ok ke?
Doctor: Maaf puan.  Anak puan dalam keadaan kritikal sekarang.  Kami suspect dia mengidap MENINGITIS tp tahap mana kami tak pasti.  Kami letakkan dia di kritikal sbb baby tak menunjukkan tanda2 aktif atau berwarna kemerahan. 
Bonda: *melihat Dalila kekuningan spt kunyit & betul takda pergerakkan*
masa ni bonda tak boleh berkata2, ayahanda take over bonda. (T_T)

Doctor: Dekat rumah ada yg sakit? atau ada yg melawat sakit?
Ayahanda: Kami tak pasti doctor.
Doctor: Baby yg baru lahir mmg mudah terkena jangkitan walaupun org tu baru terkena selsema tp effect pada baby amat besar sbb sistem imunisasinya masih lemah.  Baby baru menunjukkan simptom Meningitis mungkin kerana ibu menyusu badan utk support antibodi dia.  Tp masih tak kuat utk melawan penyakit.
Ayahanda: Apa solusi sekarang doctor? 
Doctor: Kami minta kebenaran Ayah Ibu utk menjalankan "Lumbar Puncture (LP)" atau prosedur mengambil air tulang belakang.
Ayahanda: Ada apa2 kesan ke dari prosedur tu? 
Doctor: *menunjukkan jenis jarum yg akan digunakan*  Saya faham ramai ibu bapa risau prosedur ni akan berikan effect long term pd anak. Doctor pakar yg akan menjalankan prosedur ini & jenis jarum yg digunakan utk baby juga adalah antara yg paling halus.  Kami perlu menjalankan prosedur ini memandangkan Meningitis antara penyakit yg akan menyerang saraf otak & keadaan ini amat bahaya utk baby.
Ayahanda: Ok doctor kami bersetuju. Apa sahaja yg terbaik utk anak kami sekarang doctor boleh proceed.


Doctor berikan surat kebenaran pd ayahanda utk sign.  Bonda terus dapatkan adik utk lihat keadaan adik.  Allahuakbar adik kuning & tak bergerak.  Sekali sekala bila bonda memanggil nama adik, adik berikan respon tp tak kuat.  Doctor inform yg doctor telah mulakan rawatan antibiotik utk adik yg akan membuatkan adik berak-berak.  Bonda mohon maaf pada dalila sbb terlambat menyedari yg adik sakit.  Bayangkan semalam baru kakak Hasya bergurau dengan adik, bayangkan bonda baru je menyusukan adik jam 4.00 pagi td.  Sekarang adik dalam keadaan kritikal. Allah, ujian Mu kadang-kadang terasa berat utk ku ya Allah :(

19 October 2014
Setiap hari bonda akan pastikan sebelum jam 12.00pm bonda dah berada di depan NICU.  Bonda nak tahu apa perkembangan seterusnya.  Hari ni doctor informed yg procedure LP tak dapat dijalankan sbb keadaan Dalila sangat lemah.  Doctor tak boleh menjalankan procedure itu jika pesakit tidak memberikan tanda aktif.  Hari ni ayahanda bonda dapat berjumpa dengan Pakar Kanak-kanak & brief kami ttg keadaan adik.

Doctor informed yg adik memberi tindak balas yg baik terhadap antibiotik yg dimasukkan sejak semalam kerana suhu badan telah turun ke paras normal.  Cuma kulit masih kekuningan & pergerakkan aktif masih tidak ada. Doctor letakkan Dalila di tempat kritikal utk pemantauan dr masa ke semasa.  Bonda borak dgn adik, bisikkan kata mohon maaf pd Dalila sbb adik sakit dalam penjagaan bonda.  Bonda tahu ini semua dugaan dr Allah swt utk kita sekeluarga, tp bonda tak kuat syg.. :(

Tiba-tiba Dalila menggeletar, matanya pandang ke atas, tangannya melambai-lambai gerak kedepan & kakinya tersentak-sentak spt menahan sakit.  Bonda menjerit-jerit pgl nurse & doctor.  Nurse minta ayahanda bonda utk duduk didepan dahulu sementara Doctor merawat.  SubhannAllah saat ini hanya Allah swt shj yg tahu perasaan kami, otak mula berfikir bukan-bukan tp mulut masih berdoa memohon keajaiban dr Allah swt.  Selepas 15 minit nurse panggil kami semula ke tempat Dalila.  Masa ni kaki bonda terasa amat berat, mujur ada ayahanda yg menjadi kekuatan bonda.  Doctor sahkan Dalila terkena serangan sawan & perkara ini amat merungsingkan sbb doctor risau ini kemungkinan ia tanda kuman menyerang saraf otak adik.  LP perlu dilakukan segera.

Bonda sambung next post ya utk cari gambar semasa Dalila di hospital.

*sambungan part 2*

0 comments:

Post a Comment