23 May 2016

Pengalaman Kelahiran Isma Qaseh Dalila (part 2)

السلام عليكم

Sambungan kronologi part 1

23 September 2016

Dalam jam 6.00 am bonda bersiap bersihkan diri pakai comey2 tp takda lah sampai makeup bagai ala2 Rozita Che Wan.. hoho! ayahanda masih pergi kerja pagi ni sbb mcm hasya dulu 12 jam juga baru bukaan jalan 5cm.. jam 7 pagi nurse datang inform kejap lg doctor akan datang untuk masukkan ubat induce since takda turun tanda secara normal dan jalan masih open 1cm sahaja.  tipu kalau bonda cakap masa doctor masukkan ubat induce tu tak sakit.. sgt sakit sbb dia nk letak ubat induce betul2 dekat pintu rahim.  masa kesakitan tu mulalah terbayang wajah Ibu tercinta susah payah melahirkan menahan kesakitan.. ;( *agak touching*

Selesai proses memasukkan ubat induce bonda diminta tidak bergerak selama sejam untuk memastikan ubat betul2 di posisi yg betul dan memberi kesan.  katanya kalau ubat tak react doc terpaksa masukkan lg 1 ubat.. oh no no no no no thank you! seriously bonda baring dekat 2 jam!! kompom ubat tu menyerap..hahaha! 

after 2 jam nurse galakkan bonda untuk berjalan or bergerak2 bg mempercepatkan proses bukaan jalan.  dengar nurse ckp gitu bonda start la marathon sekitar hospital. naik turun tangga! pusing keliling tgk executive room. bkn main duduk sorang2 dalam bilik besar tu. scary pon ada kalau sorang2..hehe *sempat lagi mikir orang!*

dalam jam 11 am bonda terasa sengal2 ada contraction tp boleh tahan lg sakitnya. bonda agak mungkin jalan da buka dalam 2cm. bonda pon mula counting sendiri agak2 berapa cm da buka based on pengalaman masa bersalinkan Kakak Hasya dulu.  mula google gentle birth dan control pernafasan.  saiko kan otak ckp pd diri sakit sikit je ni. bonda kuat bonda kuat..hehe

jam 12 pm sakit semakin kuat bonda start mesej ayahanda supaya datang ke hospital tolong urut2 tulang belakang ni rasa mcm nk bengkok da..hehe lawaknya time nurse dtg melawat wad

Nurse: Ibu ok ke? ada rasa sakit2 tak?
Bonda: ada rasa sakit tp ok je tak kuat sgt *control senyum smbil menahan sakit*
Nurse: betul ke ni sy tgk mcm sakit kuat je
Bonda: Eh takda la.. boleh tahan lg ni.. ok je :D
Nurse: Ok Ibu, nnt kalau sakit kuat bg tahu ya kita check bukaan

Dengar nurse kata check bukaan lagi la bonda cakap tak sakit! haha! sanggup menahan sakit sendiri. ayahanda pun dah start risau tgk bonda tak tentu arah! terus panggil nurse..

Nurse: Ibu baring dulu saya pasangkan CTG check jantung baby & contraction
Bonda: oklah *berserah diri*
Nurse: Ibu betul ke tak rasa sakit sgt?
Bonda: Betul tak sakit sangat :D
Nurse: Sbb kat monitor ni contraction ibu kuat.  Gap kurang dr 2 minit je ibu boleh relax.. betul ke tak sakit? tak mo tipu ya.
Bonda: Sakitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt ;(
Nurse: Laaa.. nape tak bagi tahu sy?
Bonda: Saya tak suka kena seluk check bukaan tu sakit ;(
Nurse: saya check dulu ya. Ya Allah dah bukak 6cm ni ibu!!

Bonda terkejut betul.. aik cepatnya! amik iktibar ya momy to be lain. xmo ikut mcm bonda ni! hahaha kelam kabut nurse nk check bilik bersalin ada kosong ke tak sbb nk tolak ke bawah.  masa ni bonda tak boleh jalan dah sbb contraction sgt kuat.  lg2 lepas nurse masukkan ubat bontot utk yak2 tu! subhannallah lg membuatkan bonda membuak2 perut nk meneran! tak suka benda tu. 
note to myself next time ada rezeki lg mmg REJECT! ubat yak2 tu..! 

Nurse tolak bonda dgn katil2 sekali turun ke bawah.. masa ni bonda malu sgt sbb teryak2 atas katil sbb nurse tak bg gi toilet takut terberanak dalam jamban.. ;(

kurang dr 15 minit nurse check lg bukaan da 9cm tp bonda masih lg diluar bilik bersalin.  Mereka terpaksa tolak patient yg masih 5cm kebawah keluar dulu dan bg bonda bersalin.  Maaf ya ibu2 lain baby bonda da dihujung2..kih3

kelahiran kali ni amatlah pantas! doctor suruh push je baby terus keluar! 2 kali push je. ayahanda tak sempat tgk apa2.. masuk2 je baby dah pun lahir ke dunia.. hehe ayahanda sempat tgk uri lahir..kih3 :P


ISMA QASEH DALILA
Hospital Putrajaya
Masa: 1.36 pm
Berat: 3.1 kg

Syukur kehadrat ilahi diatas kurniaan seorang lagi puteri utk menjadi suri hidup kami.  



0 comments:

Post a Comment