25 May 2017

Resepi Sukses Orang Sukses vs Resepi Sukses Orang Gagal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum Salam Sejahtera

Harini bonda terkesan dengan 
"RESEPI SUKSES ORANG SUKSES VS RESEPI SUKSES ORANG GAGAL"
yang di share dalam buku Ayah Edy, buku parenting yg sangat terkenal di Indonesia

Pertama : Rahsia sukses orang gagal iaitu MMMH - Money, Money, Money, Happy
contoh bentuk nasihat yang diberikan kpd anak2

-> nak, nnt belajar pandai2 supaya nnt besar boleh dapat kerja yang elok2 dapat duit banyak

-> nak, nnt habis belajar masuk universiti ambil jurusan doctor/ lawyer/ accountant boleh kerja bagus2 dapat duit banyak

-> nak, nnt habis belajar universiti cari syarikat yang bagus2 supaya dapat duit banyak

-> nanti bila sudah dapat duit banyak hidupmu akan BAHAGIA!


Kedua : Rahsia sukses orang sukses iaitu HTEM - Happiness, Totality Expertise Money
contoh bentuk nasihat yang diberikan kpd anak2

-> nak, pilihlah bidang yang benar-benar membuat kamu BAHAGIA

-> kerana jika kamu bahagia kamu pasti akan melakukannya dgn SEPENUH HATI (total out) 

-> jika kamu sudah menjadi yang terbaik, wang akan mencari kamu bukan kamu mencari wang (Expertise - Pakar dalam bidang yang dipilih dan Money Magnet - tidak menjadi hamba wang)


Ayah Edy mengetengahkan rumusan yang ibu bapa lebih fokus terhadap menyuruh anak besarnya nnt belajar pandai2, bekerja syarikat besar2, dapatkan wang supaya anak akan lebih bahagia, sedangkan berapa ramai diantara kita yang sekadar datang bekerja dan tak sabar menunggu hari Jumaat / hari Gaji? yang pasti Bonda sendiri salah sorang dr nya.. jujur shaja kan.. hehe 

Disini pokoknya fokus pada waktu emas anak-anak kita dari usia 0 - 7 tahun. Lihat potensi unggulnya, potensi yang paling dominan.  Insyallah anak akan membesar dgn apa yang diminati dan bukan sekadar mencari wang.  Peringatan buat sahabat2 dan diri sendiri.. <3








18 May 2017

Assalamualaikum

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt

Terkesan dengan Program Smart Mind yang dihadiri Hasya minggu lepas, Cikgunya share tentang "Kecerdasan Anak"

Bagaimana orang kita yang lebih fokus pada jenis "Kecerdasan Akademik" anak2 sehingga terjadinya perbandingan diantara anak jiran kampung sebelah, anak maklong sebelah tok yang (yg kita tak tahu pun selama ini wujud..hehe) 

Sedangkan diluar negara tahap kecerdasan anak itu sendiri terbahagi kepada lebih kurang 9 Jenis Kecerdasan yang belum ada ruang yang diberikan masyarakat untuk mengakui kecerdasan mereka kecuali mereka yang berjaya. 

Contoh terbaik apabila kita di sekolah menengah dulu, siapa yg masuk kelas Sastera seolah2 mereka ini tiada harapan utk berjaya berbanding yg msk ke kelas Sains Tulen.. adil ke?

Bonda nk share tentang 9 Kecerdasan;

i) Linguistik (word smart)
Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.

Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)
Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare

ii) Logikal (number/reasoning smart)
Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.

Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.

iii) Muzik (Music smart)
Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik.
Kerjaya: Komposer, Penyanyi
Contoh: P. Ramlee, Siti Nurhaliza

iv) Bodily / Kinesthetic (Body smart)
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.

Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.
Contoh: Nicol David

v) Interpersonal (people smart)
Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.

Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vi) Intrapersonal (Self smart)
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.

Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.

Contoh: Dr. Fadzilah Kamsah, Jean Piaget.

vii) Visual / Spatial (Picture smart)
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
Contoh: Leonardo Da Vinci

viii) Naturalist (Nature smart)
Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.

Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.Contoh: Charles Darwin


Ruang yg kita nampak untuk org yg betul2 mengenali kecerdasan diri masing2, insyAllah mereka akan berjaya. Ibu dan ayah juga boleh mencari contoh2 ilmuan Islam dalam bidang masing2 untuk diberikan contoh.. 

Kata cikgu Hasya anak2 boleh kuasai sehingga 9 kecerdasan tapi mana yang lebih dominan dan special pada diri mereka untuk digilap.

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata ibu dan ayah sahabat2 untuk lebih mengenali kecerdasan dominan anak2 supaya kita tidak hanya jumud pada 1 jenis kecerdasan.