06 August 2014

Pengalaman Kelahiran Puteri Sulung

Pengalaman menunggu kelahiran puteri sulung sangat2 mendebarkan bonda. walaupun kakak hasya sudahpun genap berumur 2 tahun tp bonda mahu sematkan kenangan semasa kelahiran puteri tercinta.  Bila hasya dewasa nnt hasya pun boleh baca sbg kenangan. mana tahu bonda panjang umur bonda cerita pada hasya sendiri (^o^)

10 Mei 2012
Genap tarikh due date tiba akhirnya tp sebarang tanda masih tak muncul2.  kebetulan tarikh due date sama dgn tarikh checkup di klinik kesihatan putrajaya Presint 3 jd bolehla tahu bagaimana perkembangan baby.  Masa di klinik kesihatan doctor & nurse cuma remind kalau da start sakit2 or turun tanda terus ke wad bersalin tak perlu tunggu2.

12 Mei 2012
Overdue 2 hari ayahanda mula gelisah.  risaukan kesihatan bonda & baby tp bonda selalu comfortkan ayahanda insyAllah jika tiba masanya baby mesti keluar sendiri. Malam tu bonda rasa tak sedap hati sbb baby asyik mengeras tempoh yg lama.  Yela kita tak nampak apa yg jadi didalam perut, kalau bonda tak ikut rasa gerak hati takut menyesal kemudian hari sbb mungkin Allah swt nk berikan petunjuk pd bonda.  Malam tu juga ajak ayahanda pergi Hospital Putrajaya ke wad bersalin utk check CTG baby.  Doctor yg incharge malam tu sgt rude pada bonda.  Boleh dia marah2 sbb bonda dtg tanpa apa2 petunjuk spt turun darah atau contraction.  Menangis bonda peluk ayahanda sbb bonda nk check samaada kesihatan baby bonda dalam keadaan selamat atau tidak. kalau apa2 terjadi bkn doctor2 tu yg menanggung!

14 Mei 2012
Disebabkan bonda mmg da apply cuti awal2 sejak seminggu seblm due date lg, jd kerja bonda kt rumah mcm biasalah. bangun tidur, masak, makan, kemas2 rumah sikit, makan lg then tidur..hehe ayahanda balik ajak jalan2 dgn harapan moga2 baby cpt keluar sendiri secara normal.  bonda selalu berdoa pd Allah swt jika telah tiba masanya berikanlah bonda petunjuk utk bonda bersiap sedia.  Lepas makan malam bonda rasa betul2 tak sedap hati sbb kiraan dari pagi smp jam 8 pm gerakan aktif baby kurang dr 10.  Bonda terus ajak ayahanda ke Hospital Serdang.  Agak jauh sedikit tp bonda lebih rela dr mengadap doctor dekat Hospital Putrajaya tu.

Alhamdullilah sampai je hospital serdang, nurse tgk buku pink overdue 4 hari.  Terus suruh tukar kain batik sbb bonda pakai seluar time tu.  Terkebil2 bonda & ayahanda igt nk check CTG je.  Ayahanda patah balik ke kereta ambilkan kain batik utk bonda. Love you ayahanda :D  Masa menunggu giliran utk checkup boleh plak org sebelah tirai bonda ni nk bersalin.  Menjerit2 kesakitan dia ckp "tak tahan mak tak tahan sakit!"gulps! berpeluh sejuk bonda kt sebelah yg menunggu ni.  

Terdengar plak nurse ckp "jgn teran! jgn teran! nnt terkoyak ni!"
lg seriau la bonda kt sebelah.  Tiba-tiba nurse masuk dgn doctor ckp nk check bukaan kalau ada.  Part ni kena tahan sakit la ya.  bru ada bukaan 1cm doctor minta bonda stay dulu utk scan keadaan baby.  Lama juga bonda tunggu time ni sbb ramai kan tp tak pa at least bonda tahu ada bukaan 1cm, jantung baby dalam keadaan normal. nothing more important that safety of my precious baby inside.

Nurse kenalkan bonda pd doctor pakar sakit puan di Hospital Serdang.  Doctor melayu perempuan gaya rock2 rambut pendek, sempoi je orangnya.  Doctor mula scan baby utk check kuantiti air ketuban.  Terkejut doctor sbb air ketuban baby tinggal sedikit shj.  Doctor tanya bonda ada leaking ke bonda ckp bonda tak sure sbb last time checkup jumpa doctor scan juga tp takda ckp apa2.  Doctor terus arahkan bonda utk masuk wad & induce esok.  Bonda bersyukur sbb percaya gerak hati yg Allah swt kurniaan kan pd bonda.  Tgk dari pic scan baby air ketuban tu amat sedikit keliling anak bonda. Ya Allah bonda bersyukur Allah swt berikan petunjuknya.

Disebabkan bonda masuk wad malam ayahanda tak boleh teman bonda.  Bonda salam peluk mohon kemaafan dr ayahanda terasa mcm nk pergi perang plak..hehe pengalaman pertama kali bonda tidur di hospital tp bonda tak takut sbb bonda tahu ada anak bonda menemani bonda sepanjang masa.  Malam tu bonda solat & berdoa pd Allah swt jika telah tiba masanya bonda telah bersedia, bonda duduk dalam surau smp jam 11 lebih, makcik cleaner nk tutup surau sbb tak boleh duduk disana barulah bonda balik ke katil.

15 Mei 2012
Jam 2 am bonda terasa sakit mcm period senggugut.  terus bonda ke toilet check tgk ada darah! bonda bagi tahu pd nurse ada darah then nurse check jalan da buka 2cm.  Nurse inform bonda tak perlu di induce esok pagi sbb jalan open secara normal. Syukur alhamdullilah tak lama lg anak bonda da nk keluar jumpa bonda..yeah!  Sejak turun darah smp esok pagi jam 8, bonda tidur2 ayam saja sbb sakit senggugut tu dtg kerap juga tp sakitnya masih boleh tahan.  Doctor datang check bukaan pagi tu da 4cm..doctor inform lepas ni boleh ditolak masuk ke bilik bersalin.. terus bonda call ayahanda & inform get ready to meet our princess..hehe

utk anak pertama nurse & doctor galakkan utk fully dilated to 10 cm baru boleh push! 1cm bersamaan 1 jam jd utk fully dilated dalam jam 4pm baru bonda boleh push. semasa 6cm doctor datang utk pecahkan air ketuban sbb katanya kalau air ketuban da pecah lg cepat bukaan jalan. Doctor kata air ketubannya sgt sedikit mcm terkencing shja nasib baik da tiba masa tidak risau baby lemas dalam perut.  *masa ni bonda pandang ayahanda & bersyukur*  

kesakitan semasa bersalin hanya Allah swt sahaja & siapa yg pernah melahirkan sahaja yg tahu.  Dunia seakan berpusing2 kesakitannya sampai ke tulang tp bonda sentiasa berdoa sedangkan Mariam a.s yg melahirkan seorang nabi juga terasa kesakitannya sehingga mohon supaya ditarik nyawanya lagi lah kita manusia biasa yg byk melakukan salah silap sepanjang hidup.

Tiba masa fully dilated doctor minta bonda letakkan kaki diatas tompang utk mudahkan bonda meneran.  mulanya bonda tak tahu cara yg betul then nurse kata seperti meneran utk buang air besar barulah bonda boleh dpt gambaran..hehe  Doctor suruh ayahanda tgk kepala baby dah keluar *masa ni ayahanda seriau juga takut..hehe* tp selepas dgr ayahanda kata dah nampk kepala bonda push push. bonda pun ambil nafas panjang dan PUSH!!! 

tepat jam 3.30pm 
lahirlah puteri sulung bonda ayahanda ke dunia 
Hospital Serdang
berat : 3.3kg

Isma Hasya Imanina Binti Mohd Ismahazli

betul kata orang, lahirnya anak kita rasa sakit semua hilang. hebatnya kuasa Allah swt 
syukur alhamdullilah



0 comments:

Post a Comment