02 June 2016

Meningitis Sbg Dugaan (Part 2)



22 October 2014
Hari ini doctor berikan khabar baik yg adik telah memberikan respon aktif pagi ini & doctor mengambil peluang untuk membuat prosedur LP (Lumber Puncture).  Alhamdullilah doctor kata amat dipermudahkan.  Dalila tidak mengalami sebarang komplikasi semasa prosedur dijalankan.  Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.  Ayahanda bonda amat bersyukur pd Allah swt kerana masih memberi peluang utk bonda menjaga Qaseh Dalila dalam hidup kami.

  
 Qaseh Dalila selepas operasi LP

Selepas hampir seminggu di NICU Putrajaya, ayahanda bonda mula nampak perubahan warna kulit Dalila.  Kembali merah & tidak kuning seperti kunyit lg.  Ya Allah, doa kami sekeluarga diterima.  Kami sujud syukur pd Allah swt diatas rahmat ini.  Apa yg terjadi pd Dalila adalah dugaan dr Allah swt yg kita perlu sentiasa mengingatiNya setiap masa & bukan disaat bila kita telah jatuh tersembam.  
Doctor maklumkan yg keputusan LP menunjukkan tiada sebarang bakteria yg menyerang saraf otak tetapi keputusan darah menunjukkan ada bakteria GBS (Group B Streptococcus) dalam darah Dalila.  GBS selalunya bakteria yg didapati pada ibu semasa melahirkan anak.  Dalila mungkin terkena jangkitan ini semasa bonda melahirkan secara normal.  Tanpa suntikan antibiotik diberikan pd bonda sebelum melahirkan, bakteria GBS ini boleh terjangkit pd bayi.  Bonda lg rasa bersalah sbb tak tahu pun yg bonda ada GBS & menjadi penyebab adik sakit hari ini.  Doctor inform yg bakteria ini tidak mudah dikenalpasti jika tidak ada simptom-simptom yg ditunjukkan oleh ibu.  Simptom pd bayi pula selalunya dapat dilihat selepas dilahirkan atau seawal 7 hari tp utk kes Dalila simptom hanya timbul seminggu sebelum adik berumur sebulan.

GBS (Group B Streptococcus)

Alhamdullilah, Dalila menunjukkan kesan positif dr aktibiotik yg diberikan.  Perlu consume antibiotic selama 4 minggu & lihat jika ada apa2 reaksi selepas itu.  Urat adik sgt susah utk doctor cari, jd perlu tukar jarum setiap 2 hari disebabkan bengkak.  Bila urat tangan & kaki telah bengkak doctor terpaksa cucuk di urat kepala.  Jika tgk dlm gambar dibawah boleh nampak kesan cukur didahi utk doctor cucuk jarum ubat.  Masa ni bonda sgt sedih sbb adik terpaksa melalui semua ini..adik baru je umur sebulan lebih panjang lg kehidupan adik tp bersyukur dalam masa yg sama doctor dapat merawat penyakit ini dengan amat pantas & profesional.



Ayahanda temani bonda setiap kali melawat adik. Tq ayahanda sanggup korbankan waktu kerja utk kami.  Pengorbanan ayahanda kami hargai <3

Selepas sebulan lebih adik duduk di NICU akhirnya doctor sahkan adik bebas dari bakteria GBS.  adik da boleh balik jmp kakak Hasya! syukur alhamdullilah.  Pengalaman ini buatkan bonda tersedar banyak lagi yg bonda tak tahu dalam ilmu mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak bonda.  Moga Allah swt permudahkan urusan kita sekeluarga. 

Hari adik balik adalah hari yg paling gembira kita sekeluarga

Balik je kerumah, esoknya bonda botakkan adik sbb rambut adik habis compang-camping nurse cukur sbb doctor nk cucuk jarum di dahi adik. Memang kedua anak bonda yang cukurkan sendiri sbb ayahanda ngeri baby gerak-gerak..hehe

kakak yg paling semangat sekali tak sabar nk jumpa adik semula <3

 Bonda cuma nk share jika ada ibu-ibu mengandung yg mengalami keputihan atau gatal-gatal dibahagian V, bolehlah minta pandangan doctor.  Mcm bonda mmg takda simptom-simptom pd V yg membuatkan bonda tak terfikir lgsg ada GBS!  Tp Allah swt nk tunjukkan pada kita yg kita tidak boleh leka dalam menjaga kesihatan diri sbb dalam sekelip mata sahja mcm-mcm penyakit boleh datang.

Meningitis Sbg Dugaan


Hari itu seperti hari-hari biasa dalam tempoh bonda berpantang.  Syukur Alhamdullilah kelahiran kali ni dapat bantuan dari ibu mertua semasa berpantang *i love you mama* Nurse akan datang check bonda di rumah dalam seminggu 2 kali utk pemeriksaan baby & jahitan.  Nurse inform yg semua dalam keadaan normal cuma jahitan bonda ada terbuka 1.3cm tp doctor kata tak perlu jahit semula, hanya perlu makan ubat antibiotik shja *takut juga bonda kalau terbayang perlu dijahit semula* 

18 October 2014

4.00 pagi :
adik dalila mula menangis tp tangisannya tak seperti selalu.  Bonda berikan susu bobok tidur tp adik masih lg menangis.  Mama kata mungkin perutnya masuk angin tp naluri bonda kuat mengatakan ini tidak normal.  Bonda terus ajak ayahanda ke Hospital Putrajaya.

Sampai je ke hospital mcm biasa sesi saringan dulu.  Nurse pelik bonda datang bawak baby tanpa tanda2 sakit tp sbbkan Dalila belum sampai sebulan nurse bawa berjumpa doctor utk saringan pernafasan & suhu badan.  Jam menunjukkan jam 5.30 pagi.  Doctor check suhu Dalila naik mendadak ke 41'c.  Bonda terkejut.! Dirumah adik tak menunjukkan simptom demam.  Hanya dedau & bonda check suhu tak smp 37'c keatas pun.  Doctor tanya kenapa bonda bawa Dalila ke hospital?  Bonda hanya boleh jawab "Naluri hati saya mengatakan something is wrong.  Baby should not crying like that"..Dalila pun dibawa ke NICU (Nursery Insentif for baby) tp bonda tak boleh masuk kedalam sbb bkn waktu melawat.  Nurse nasihatkan bonda utk pam susu badan & bawa ke hospital incase Dalila perlu ditahan di wad utk beberapa hari.

9.00 pagi:
 bonda datang utk hantarkan susu & berjumpa doctor.  Time ni Dalila ditempatkan didalam acubator terbuka, tenang sedang tidur. Doctor panggil bonda utk tanya simptom2 yang adik sakit dirumah, tp bonda kata takda.  Even nurse baru je dtg rumah utk weekly checkup & inform yg adik sihat.  Bonda tunjukkan buku pink kpd doctor utk pastikan report yg ditulis nurse.  Bonda tak boleh stay lama sbb waktu melawat jam 12.00 pm.  Bonda perlu tunggu lg :(

12.00pm:
Bonda ayahanda antara yg dah tercongok tunggu depan NICU utk melihat baby masing-masing.  Masuk je pintu, bonda pun lapor diri pd nurse utk tanya perkembangan.  Nurse terus bawa ayahanda bonda ke belakang utk berjumpa doctor.  Masa ni bonda terasa seperti terapungan sbb cara nurse baca report & terus bawa kami berjumpa doctor amat mencemaskan.

Doctor: Ayah Ibu Isma Qaseh Dalila ya?
Bonda: Ya saya
Doctor: Boleh saya tahu kenapa puan bawa anak ke hospital? ada tanda2 yg dia sakit ke?
Bonda: Takda doctor.  Jam 4.00pagi anak sy bgn menangis tp tangisannya berbeza.  Saya mengikut gerak hati sy utk bawa dia ke hospital.  Kenapa doctor? Baby sy ok ke?
Doctor: Maaf puan.  Anak puan dalam keadaan kritikal sekarang.  Kami suspect dia mengidap MENINGITIS tp tahap mana kami tak pasti.  Kami letakkan dia di kritikal sbb baby tak menunjukkan tanda2 aktif atau berwarna kemerahan. 
Bonda: *melihat Dalila kekuningan spt kunyit & betul takda pergerakkan*
masa ni bonda tak boleh berkata2, ayahanda take over bonda. (T_T)

Doctor: Dekat rumah ada yg sakit? atau ada yg melawat sakit?
Ayahanda: Kami tak pasti doctor.
Doctor: Baby yg baru lahir mmg mudah terkena jangkitan walaupun org tu baru terkena selsema tp effect pada baby amat besar sbb sistem imunisasinya masih lemah.  Baby baru menunjukkan simptom Meningitis mungkin kerana ibu menyusu badan utk support antibodi dia.  Tp masih tak kuat utk melawan penyakit.
Ayahanda: Apa solusi sekarang doctor? 
Doctor: Kami minta kebenaran Ayah Ibu utk menjalankan "Lumbar Puncture (LP)" atau prosedur mengambil air tulang belakang.
Ayahanda: Ada apa2 kesan ke dari prosedur tu? 
Doctor: *menunjukkan jenis jarum yg akan digunakan*  Saya faham ramai ibu bapa risau prosedur ni akan berikan effect long term pd anak. Doctor pakar yg akan menjalankan prosedur ini & jenis jarum yg digunakan utk baby juga adalah antara yg paling halus.  Kami perlu menjalankan prosedur ini memandangkan Meningitis antara penyakit yg akan menyerang saraf otak & keadaan ini amat bahaya utk baby.
Ayahanda: Ok doctor kami bersetuju. Apa sahaja yg terbaik utk anak kami sekarang doctor boleh proceed.


Doctor berikan surat kebenaran pd ayahanda utk sign.  Bonda terus dapatkan adik utk lihat keadaan adik.  Allahuakbar adik kuning & tak bergerak.  Sekali sekala bila bonda memanggil nama adik, adik berikan respon tp tak kuat.  Doctor inform yg doctor telah mulakan rawatan antibiotik utk adik yg akan membuatkan adik berak-berak.  Bonda mohon maaf pada dalila sbb terlambat menyedari yg adik sakit.  Bayangkan semalam baru kakak Hasya bergurau dengan adik, bayangkan bonda baru je menyusukan adik jam 4.00 pagi td.  Sekarang adik dalam keadaan kritikal. Allah, ujian Mu kadang-kadang terasa berat utk ku ya Allah :(

19 October 2014
Setiap hari bonda akan pastikan sebelum jam 12.00pm bonda dah berada di depan NICU.  Bonda nak tahu apa perkembangan seterusnya.  Hari ni doctor informed yg procedure LP tak dapat dijalankan sbb keadaan Dalila sangat lemah.  Doctor tak boleh menjalankan procedure itu jika pesakit tidak memberikan tanda aktif.  Hari ni ayahanda bonda dapat berjumpa dengan Pakar Kanak-kanak & brief kami ttg keadaan adik.

Doctor informed yg adik memberi tindak balas yg baik terhadap antibiotik yg dimasukkan sejak semalam kerana suhu badan telah turun ke paras normal.  Cuma kulit masih kekuningan & pergerakkan aktif masih tidak ada. Doctor letakkan Dalila di tempat kritikal utk pemantauan dr masa ke semasa.  Bonda borak dgn adik, bisikkan kata mohon maaf pd Dalila sbb adik sakit dalam penjagaan bonda.  Bonda tahu ini semua dugaan dr Allah swt utk kita sekeluarga, tp bonda tak kuat syg.. :(

Tiba-tiba Dalila menggeletar, matanya pandang ke atas, tangannya melambai-lambai gerak kedepan & kakinya tersentak-sentak spt menahan sakit.  Bonda menjerit-jerit pgl nurse & doctor.  Nurse minta ayahanda bonda utk duduk didepan dahulu sementara Doctor merawat.  SubhannAllah saat ini hanya Allah swt shj yg tahu perasaan kami, otak mula berfikir bukan-bukan tp mulut masih berdoa memohon keajaiban dr Allah swt.  Selepas 15 minit nurse panggil kami semula ke tempat Dalila.  Masa ni kaki bonda terasa amat berat, mujur ada ayahanda yg menjadi kekuatan bonda.  Doctor sahkan Dalila terkena serangan sawan & perkara ini amat merungsingkan sbb doctor risau ini kemungkinan ia tanda kuman menyerang saraf otak adik.  LP perlu dilakukan segera.

Bonda sambung next post ya utk cari gambar semasa Dalila di hospital.

*sambungan part 2*

23 May 2016

Pengalaman Kelahiran Isma Qaseh Dalila (part 2)

السلام عليكم

Sambungan kronologi part 1

23 September 2016

Dalam jam 6.00 am bonda bersiap bersihkan diri pakai comey2 tp takda lah sampai makeup bagai ala2 Rozita Che Wan.. hoho! ayahanda masih pergi kerja pagi ni sbb mcm hasya dulu 12 jam juga baru bukaan jalan 5cm.. jam 7 pagi nurse datang inform kejap lg doctor akan datang untuk masukkan ubat induce since takda turun tanda secara normal dan jalan masih open 1cm sahaja.  tipu kalau bonda cakap masa doctor masukkan ubat induce tu tak sakit.. sgt sakit sbb dia nk letak ubat induce betul2 dekat pintu rahim.  masa kesakitan tu mulalah terbayang wajah Ibu tercinta susah payah melahirkan menahan kesakitan.. ;( *agak touching*

Selesai proses memasukkan ubat induce bonda diminta tidak bergerak selama sejam untuk memastikan ubat betul2 di posisi yg betul dan memberi kesan.  katanya kalau ubat tak react doc terpaksa masukkan lg 1 ubat.. oh no no no no no thank you! seriously bonda baring dekat 2 jam!! kompom ubat tu menyerap..hahaha! 

after 2 jam nurse galakkan bonda untuk berjalan or bergerak2 bg mempercepatkan proses bukaan jalan.  dengar nurse ckp gitu bonda start la marathon sekitar hospital. naik turun tangga! pusing keliling tgk executive room. bkn main duduk sorang2 dalam bilik besar tu. scary pon ada kalau sorang2..hehe *sempat lagi mikir orang!*

dalam jam 11 am bonda terasa sengal2 ada contraction tp boleh tahan lg sakitnya. bonda agak mungkin jalan da buka dalam 2cm. bonda pon mula counting sendiri agak2 berapa cm da buka based on pengalaman masa bersalinkan Kakak Hasya dulu.  mula google gentle birth dan control pernafasan.  saiko kan otak ckp pd diri sakit sikit je ni. bonda kuat bonda kuat..hehe

jam 12 pm sakit semakin kuat bonda start mesej ayahanda supaya datang ke hospital tolong urut2 tulang belakang ni rasa mcm nk bengkok da..hehe lawaknya time nurse dtg melawat wad

Nurse: Ibu ok ke? ada rasa sakit2 tak?
Bonda: ada rasa sakit tp ok je tak kuat sgt *control senyum smbil menahan sakit*
Nurse: betul ke ni sy tgk mcm sakit kuat je
Bonda: Eh takda la.. boleh tahan lg ni.. ok je :D
Nurse: Ok Ibu, nnt kalau sakit kuat bg tahu ya kita check bukaan

Dengar nurse kata check bukaan lagi la bonda cakap tak sakit! haha! sanggup menahan sakit sendiri. ayahanda pun dah start risau tgk bonda tak tentu arah! terus panggil nurse..

Nurse: Ibu baring dulu saya pasangkan CTG check jantung baby & contraction
Bonda: oklah *berserah diri*
Nurse: Ibu betul ke tak rasa sakit sgt?
Bonda: Betul tak sakit sangat :D
Nurse: Sbb kat monitor ni contraction ibu kuat.  Gap kurang dr 2 minit je ibu boleh relax.. betul ke tak sakit? tak mo tipu ya.
Bonda: Sakitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt ;(
Nurse: Laaa.. nape tak bagi tahu sy?
Bonda: Saya tak suka kena seluk check bukaan tu sakit ;(
Nurse: saya check dulu ya. Ya Allah dah bukak 6cm ni ibu!!

Bonda terkejut betul.. aik cepatnya! amik iktibar ya momy to be lain. xmo ikut mcm bonda ni! hahaha kelam kabut nurse nk check bilik bersalin ada kosong ke tak sbb nk tolak ke bawah.  masa ni bonda tak boleh jalan dah sbb contraction sgt kuat.  lg2 lepas nurse masukkan ubat bontot utk yak2 tu! subhannallah lg membuatkan bonda membuak2 perut nk meneran! tak suka benda tu. 
note to myself next time ada rezeki lg mmg REJECT! ubat yak2 tu..! 

Nurse tolak bonda dgn katil2 sekali turun ke bawah.. masa ni bonda malu sgt sbb teryak2 atas katil sbb nurse tak bg gi toilet takut terberanak dalam jamban.. ;(

kurang dr 15 minit nurse check lg bukaan da 9cm tp bonda masih lg diluar bilik bersalin.  Mereka terpaksa tolak patient yg masih 5cm kebawah keluar dulu dan bg bonda bersalin.  Maaf ya ibu2 lain baby bonda da dihujung2..kih3

kelahiran kali ni amatlah pantas! doctor suruh push je baby terus keluar! 2 kali push je. ayahanda tak sempat tgk apa2.. masuk2 je baby dah pun lahir ke dunia.. hehe ayahanda sempat tgk uri lahir..kih3 :P


ISMA QASEH DALILA
Hospital Putrajaya
Masa: 1.36 pm
Berat: 3.1 kg

Syukur kehadrat ilahi diatas kurniaan seorang lagi puteri utk menjadi suri hidup kami.  



19 May 2016

Pengalaman Kelahiran Isma Qaseh Dalila (part 1)

السلام عليكم

Berhabuk blog bonda ni.. last post pasal 39 weeks preggy.. hehe today pun da 18 MEI 2016!

Tapi hari ni bonda nk sematkan kenangan pengalaman lahirkan anak kedua <3

Utk kelahiran kali ni bonda memilih utk mengambil perkhidmatan FPP (Full Paying Patient) di Hospital Putrajaya.  Sbb bonda memilih utk guna perkhidmatan ini ialah supaya ayahanda boleh teman bonda sebelum & selepas bersalin.. pengalaman Hasya dulu lepas bersalin ayahanda tak boleh stay sbb bilik kongsi 4 orang.  So bayanglah baru lepas bersalin keluar darah banyak then kena entertain baby.. bukan merungut ya (siapa yg negatif nmpk negatif la benda ni) tp kalau ada kemudahan boleh pilih perkhidmatan lain apa salahnya. *think positive!*

  Bonda da booking time preggy 4 bulan, alhamdullilah dapat doctor HAMIDAH.  Mmg berdoa kalau boleh nk doctor perempuan yg entertain kita. yela aurat semua da tentu halal.  Siapa yg berminat boleh dapat maklumat lanjut di website Hospital Putrajaya atau call terus no dibawah :)

Nombor telefon: 603-83124200    |         Laman web: http://www.hpj.gov.my
Bonda masih checkup di Klinik Kesihatan Putrajaya sbb setiap kali checkup di Hospital berjumpa Doc Hamidah kita akan di charge RM100++ utk consultation shj. ubat semua lain ya.  bonda mmg tak ambil ubat hospital langsg just dtg consult kalau ada keraguan or psl GDM.  lain semua bonda still checkup dekat klinik kesihatan. sebab utama bonda lebih prefer check di klinik sbb dorang lebih thoroughly dr segi check jantung baby, scan berat dan posisi baby.. alhamdullilah so far ok accept ada 1 merah time test air gula.. naseb..hehe

SKIP everything sama la moment due date.
2 days before due date bonda ada appointment dengan Doc Hamidah berkenaan GDM and all.  actually doctor tak consult sgt bonda di induce since berat baby still maintain under 3kg so takda masalah kebarangkalian baby besar.  lagi2 due date pon lg 2 hari je.  but still doc consult supaya if time due date baby masih tak pop out lg sila lar berserah diri ke hospital..hehe

21 September 2014

malam before serah diri esok bonda start bincang2 dgn baby dlm perut (bkn gila ya..kih3) if dah tiba masanya adik ready to see the world keluar lar esok..bonda ayahanda kakak semua menunggu kedatangan adik..time ni of coz agak touching moment yela esok nk berserah diri ke hospital we never know what happen kan. manusia mampu merancang Allah swt yg menentukan

22 September 2014

hari berserah diri pun tiba tp mcm biasa bonda takdanya nk serah diri awal2 pagi..haaha gilor ke!
haruslah makan2 dulu! pagi sarapan dekat kedai Murtabak Singapore di Dengkil (tp skang da tutup.. serious sedap murtabak dia.. besar!).  Then lunch ajak ayahanda pergi IKEA saja jalan2 mana tahu keluar tanda normal tak perlu induce2..*harapan* dapat lar merasa MEATBALL & CHICKEN WING IKEA! yumzz! *terliur gk smbil menaip ni*  lepas makan round lg IKEA saja melengahkan waktu..kih3

*murtabak singapore Dengkil.. bukan gambar hiasan taw! hehe*

pusing2 dalam IKEA tu tak sedar waktu tgk2 jam da pukul 5 pm. kami pon start bertolak ke Hospital Putrajaya. sampai dalam lebih kurang 6 pm lebih. Sampai je terus lapor diri ke pendaftaran.  Just tunjuk buku pink nnt tempat pendaftaran paham2 la. since bonda FPP so kenalah letak deposit RM3000 time mendaftar tp jgn risau kalau bersalin normal cost anggaran tak sampai RM2k..accept emergency Czer mungkin costing tu akan meningkat tp still masih murah lagi dr hospital swasta dont worry :)

Bonda suggest siapa2 yg serah diri mcm bonda ke hospital digalakkan datang petang sbb time tu ramai patient mostly da check out so kebarangkalian katil tak da tu kurang. bonda dapat bilik 2 orang tp sayang takda sofa yg boleh ayahanda tidur/rehat.  kasih syg ayahanda sanggup tidur atas lantai.. terharu hati ;(

*muka ada senyum tp hati tuhan sahaja yg tahu.. :)*

 ok lah bonda sambung next post sbb panjang juga ni..nnt penat scroll.. hoho (^.^)v